PolitikSemasa

JAKIM yakin kemampuan Dr Mohd Na’im

Mampu bawa hala tuju agensi agama ke arah reformasi pengurusan hal ehwal Islam

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yakin Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar selaku Menteri Agama mampu membawa hala tuju agensi agama ke arah reformasi pengurusan hal ehwal Islam selaras semangat Kerajaan Perpaduan yang berpaksikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff ini berdasarkan latar belakang serta pengalaman luas bekas Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia itu dalam pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini.

Beliau berkata JAKIM selaku Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yakin dan percaya pelantikan Menteri Agama kali ini juga mendukung semangat MKI sebagaimana perubahan Peraturan MKI 2022 yang telah diperkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-258, Mac lepas.

Mewakili seluruh saf pengurusan dan warga JAKIM, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohd Na’im sebagai Menteri Agama yang baharu dilantik.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff

“Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat kepada menteri serta sentiasa diberi kekuatan untuk menjalankan amanah ini dengan cemerlang,” kata Datuk Hakimah Mohd Yusoff

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abd Kadir & Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah selesai upacara angkat sumpah dihadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim di Bangunan Parlimen, pada 8:30 pagi tadi.

Beliau antara 27 Ahli Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu beliau dan empat lagi Ahli Kabinet yang dilantik menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh sepenggal berkuat kuasa hari ini. – BERNAMA

BACA JUGA
Syria umpama kem ‘penjara udara terbuka’ kanak-kanak

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button