Semasa

Jakim anjur solat jenazah ghaib buat Almarhum Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

PUTRAJAYA: Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat jenazah ghaib buat Allahyarham Syeikh Yusuf al-Qardawi pada malam ini.

Solat tersebut akan diadakan di tiga buat masjid utama JAKIM selepas solat isyak. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, solat tersebut akan dilaksanakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

“Kami juga ingin menjemput semua Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri melalui masjid dan surau di seluruh negara agar turut sama mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum.

“Jakim menzahirkan ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Dr. Yusof Al-Qaradawi yang meninggal dunia pada usia 96 tahun di Doha, Qatar semalam.

“Almarhum yang juga Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun 1431H/2009,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Kehilangan Allahyarham Syeikh Yusof merupakan satu kehilangan besar buat dunia atas jasa khususnya dalam dunia keilmuan, pemikiran dan dakwah yang memberi kesan terhadap perkembangan dan kemajuan umat di seluruh dunia.

Related Articles

Back to top button