Semasa

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya – Menteri Agama

KUALA LUMPUR: Sebagai pengguna jalan raya, adab dan akhlak perlu dijaga agar dapat mengelakkan diri daripada terlibat kejadian buruk, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Penyelia kilang ditahan selepas dipercayai menunjukkan isyarat lucah dan mengetuk cermin kereta serta memukul kepala pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah

Mengulas isu video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai mengasari seorang pemandu wanita berhampiran Lata Iskandar, Tapah, Perak baru-baru ini, beliau berkata pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

“Kita bercakap mengenai membina ‘Masyarakat MADANI’, asasnya adalah adab dan akhlak. Sebab apa yang kita hendak bina (Masyarakat MADANI) ini adalah masyarakat sejahtera, tidak ada pergaduhan. Kalau sesuatu perkara yang terjadi itu biarlah diselesaikan dengan cara yang baik“.

“Sekiranya kita dapat bersabar, dan mengingati adab serta peraturan itu harus dipatuhi, jadi cita-cita kita untuk membina masyarakat MADANI yang bertamadun akan dapat dicapai, ” katanya ketika ditemui pemberita di majlis ulang tahun ke-30 Kumpulan Rangkaian Restoran Antarabangsa D’ Tandoor, pada Rabu.

Semalam, tular di media sosial video seorang lelaki dipercayai mengasari seorang pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah, dan susulan insiden berkenaan, lelaki berusia 29 tahun itu direman 3 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.


Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button