PalestinSemasa

israel umum sekatan kemasukan Palestin ke Al Aqsa di bulan Ramadan

BAITULMAQDIS: Israel telah mengumumkan pelbagai sekatan ke atas rakyat Palestin semasa bulan suci Ramadan berkenaan dengan memasuki Masjid Al Aqsa.

“Wanita dari semua peringkat umur, kanak-kanak lelaki sehingga 12 tahun, dan lelaki berusia lebih 55 tahun akan dibenarkan masuk ke Masjid Al Aqsa pada bulan Ramadan tanpa permit,” kata penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah, Mejar Jeneral Ghassan Alyan, dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Israel akan mengenakan permit kepada lelaki berumur 45 hingga 55 tahun,” tambahnya.

Beliau juga menegaskan bahawa waktu bekerja akan bertambah di Tebing Barat yang diduduki pada bulan Ramadan.

Di Semenanjung Gaza, israel mengenakan ‘kuota terhad’ untuk wanita berumur 50 tahun ke atas, dan lelaki berumur 55 tahun ke atas, dari Ahad hingga Khamis, untuk memasuki Masjid Al Aqsa.

Ketegangan telah meningkat di seluruh Tebing Barat yang diduduki sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Hampir 90 rakyat Palestin telah terbunuh oleh tembakan israel sejak awal tahun ini.

BACA JUGA
Rakyat Palestin, israel berikrar untuk mengekang keganasan menjelang Ramadan

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button