BAITULMAQDIS:
Polis Israel semalam menangkap 10 orang Palestin dalam pertempuran di perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. Sembilan lagi yang lain cedera ketika penunjuk perasaan melontar batu tetapi dibalas dengan peluru getah polis rejim.
Kira-kira 1,000 orang berkumpul di perkarangan itu selepas solat Jumaat bagi menyatakan kesyukuran kerana tidak berlaku perkara yang lebih buruk pada perarakan puak kanan bangsa dilaknat. Penduduk Palestin berselawat dan berzikir, menyatakan keagungan kepada Allah yang Maha Besar, seraya menangis. Mereka turut mengibarkan bendera Palestin, kerana menyatakan kemarahan hamburan kata-kata kesat bangsa Yahudi. Namun dalam kemeriahan itu mereka diganggu dengan serbuan polis Israel.
Seorang wartawan AFP yang menyaksikan kejadian melaporkan para jemaah terpaksa melempar batu ke arah polis Israel setelah mereka dihalang berhimpun.
Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan sembilan orang cedera, termasuk tiga orang yang dirawat di hospital dalam pergelutan itu akibat cedera dipukul dan terkena peluru getah.
Kompleks Al-Aqsa terletak diĀ Timur Baitulmuqaddis dan telah diceroboh oleh Israel pada tahun 1967, suatu langkah yang tidak diketahui oleh kebanyakan masyarakat antarabangsa.
Konfrontasi polis dengan rakyat Palestin pada awal Mei meningkat menjadi pertempuran paling berdarah selama bertahun-tahun, dengan konflik meletus antara Israel dan militan Palestin di Gaza.
Gencatan senjata yang longgar antara Israel dan penguasa Hamas Gaza berlaku pada 21 Mei, berakhir 11 hari pertempuran mematikan.
Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM ā Arif Ikhwan
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/06/829525/israel-tahan-10-rakyat-palestin-di-baitulmaqdis
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia