Sepanjang bulan Oktober dilaporkan kira-kira 467 rakyat Palestin, termasuk 135 kanak-kanak ditahan tanpa alasan kukuh oleh tentera zionis Israel.
Jawatankuasa Tahanan dan Hal Ehwal Bekas Tahanan, Persatuan Tahanan Palestin, Addameer dan Pusat Maklumat Wadi Hilweh memaklumkan penahanan pada bulan tersebut menjadikan jumlah rakyat Palestin di sebalik tirai besi itu hampir 4,650 orang.
Berdasarkan laporan Quds Network, jumlah tersebut melibatkan 34 wanita, 160 kanak-kanak dan hampir 500 tahanan.
Tambah kumpulan persatuan itu, pihak berkuasa Israel mengeluarkan 106 perintah penahanan termasuk 49 penahanan baharu dan 57 arahan penahanan pembaharuan.
Dimaklumkan, pengeluaran arahan penahanan ini merupakan alat untuk menghalang sebarang jenis protes yang menuntut hak rakyat Palestin.
Oleh Nurshazlin Shahrom
______________________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia