DuniaSemasa

Israel serang institusi pendidikan di Tuqu’

BETHLEHEM : Kekejaman yang dilakukan tentera rejim Israel bagai tiada kesudahan.

Penindasan demi penindasan dilakukan tanpa mengira usia.

Semalam, berdasarkan portal berita antarabangsa WAFA, sebuah sekolah yang terletak di Tuqu’, timur bandar Bethlehem diserang puak rejim.

Serangan tersebut menyasarkan kakitangan dan pelajar di sebuah Sekolah Menengah Lelaki Tuqu’.

Menurut Kementerian Pendidikan, beberapa askar Israel bertindak menceroboh institusi pendidikan itu dan memukul kakitangan sekolah dengan menggunakan senjata.

Dilaporkan, pergelutan tersebut meninggalkan kecederaan secara fizikal kepada pengetua sekolah dan seorang guru.

Lebih kejam, rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata dan bom gegaran di dalam kawasan sekolah sehingga menyebabkan sesak nafas pada berpuluh-puluh pelajar dan kakitangan.

Kementerian Pendidikan menyifatkan serangan ini bukan pertama kali dilakukan tentera Israel kepada sekolah tersebut.

Sebelum ini, kumpulan ‘pendatang’ itu tergamak melepaskan tembakan kepada pelajar sekolah dan menghalang akses kemasukan pelajar di perkarangan institusi tersebut.

Serangan tentera Israel terhadap institusi pendidikan merupakan pencabulan besar terhadap hak pendidikan dan pembangunan.

Difahamkan serangan ini berleluasa di sekitar Tebing Barat meliputi kawasan C, H2 dan Baitulmaqdis.

 

 

Related Articles

Back to top button