PalestinSemasa

Tentera israel culik & cederakan pemuda Palestin di utara Tebing Barat

JENIN : Pasukan khas israel menculik seorang warga Palestin dan mencederakan seorang lagi di bandar Jenin di utara Tebing Barat pada pagi Khamis, menurut sumber tempatan dan keselamatan.

Menurutnya, pasukan khas israel yang cukup besar menyelinap masuk ke kawasan kejiranan timur bandar itu dan mengepung rumah Sedqi Mar’e serta menuntut dia berpatah balik.

Lelaki itu akhirnya digari dan diculik.

Sedqi Mar’e, pemuda yang ditahan ketika serbuan di Jenin

Lebih ramai tentera menceroboh kawasan kejiranan dan mencederakan seorang lelaki muda dengan peluru hidup di kakinya.

Mangsa dikejarkan segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

 

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button