Israel serang Gaza bertubi-tubi selepas kekecohan sengit
Dakwa sebagai serangan balas oleh HAMAS
GAZA : Gaza terus menjadi mangsa serangan tentera Israel sejak kekecohan berlaku dua malam berturut-turut minggu ini di antara warga Palestin dan polis Israel.
Israel mensasarkan roketnya secara bertubi-tubi ke bahagian Semenanjung Gaza awal pagi Sabtu.
Agensi media Palestin, Maan, melaporkan kereta kebal Israel diletakkan di kawasan pagar memisahkan Semenanjung Gaza dan Israel bagi mengkukhkan kedudukan tentera selepas melancarkan beberapa serangan.
Dakwa Israel serangan itu adalah serangan balas yang dilancarkan dari Gaza. Keadaan terkini berkenaan menambah situasi genting di Gaza sejak berbulan-bulan agak reda.
Setakat ini tiada jumlah kehilangan nyawa dilaporkan oleh kedua-dua pihak,
Serangan sebelum Subuh Sabtu itu mencetuskan kembali ketegangan di Gaza.
dw.com melaporkan tentera Zionis mendakwa 36 roket dilancarkan dari Gaza dan terpaksa membalas serangan selepas pemimpin Hamas mengingatkan warga Palestin untuk mempertahankan diri di Baitullaham tanda sokongan protes d BaitulMaqdis.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyeru kedua-dua pihak untuk bertenang berikutan situasi yang tegang ketika ini.
Serangan pada awal pagi Sabtu waktu tempatan itu, berlaku selepas pergelutan hebat di Tebing Barat. Lebih 100 cedera apabila amalan tradisi masyarakat Palestin untuk ke Baitul Maqdis dikenakan beberapa syarat terbaru. Sekaligus emcneuskan kemarahan dan pergelutan dengan Yahudi ekstrem.
Bagi warga Palestin tuduhan `Matilah Kau bangsa Arab’ yang dilemparkan membangkitkan kemarahan mereka lantas bertindak balas. Ramai yang membaling batu ke arah polis Israel. Setelah pergelutan majoriti yang cedera dan ditahan ialah warga Palestin., iaitu 44 orang yang ditahan untuk disoal siasat.
Mufti BaitulMaqdis, Sheikh Muhammad Hussein, mengutuk serangan polis rejim terhadap penduduk temptan Palestin dalam khutbah beliau pada solat Jumaat. Pada masa yang sama beliau menasihatkan untuk kekal bertenang dan jangan memberi peluang pihak Yahudi untuk merempuh perkarangan kota lama berkenaan.
Awal Sabtu Jordan menempelak tindakan rasis Israel itu. Menteri Luar, Ayman Safadi dalam twitternya berkata Israel bertanggungjawab di atas kejadian ini dan harus menanggung kemungkinan yang timbul daripada pertempuran itu.