Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih
BAITULMAQDIS : Penaklukan Israel ke Palestin telah melanggar Undang-undang Antarabangsa dan mengabaikan hak kesihatan asas manusia terhadap Palestin
Ketua Kumpulan Islam Palestin Hamas, Abdel Latif Al-Qanoua berkata bahawa pihak berkuasa Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa dan perjanjian kemanusiaan dengan menyekat Semenanjung Gaza.
Mereka juga menghalang kemasukan peralatan dan peranti perubatan ke dalamnya, dan menghalang pesakit Palestin daripada pergi ke luar negara untuk mendapatkan rawatan, serta mengabaikan keperluan perubatan terhadap tahanan Palestin di penjara Israel.
Al-Qanoua berkata ribuan pesakit Palestin memerlukan sokongan organisasi antarabangsa, terutamanya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk menggandakan usaha mereka dan mainkan peranan mereka dalam menyelamatkan nyawa pesakit Palestin.
Beliau menyeru WHO supaya memikul tanggungjawabnya terhadap pengabaian perubatan Israel yang disengajakan terhadap tahanan Palestin di penjara Israel dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka.
Diterjemah dari: Middle East Monitor
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia