KemanusiaanPendidikanSemasa

Israel rampas 7 peratus cukai Palestin

BAITULMAQDIS : Israel menyekat sehingga tujuh peratus atau kira-kira AS$180 juta (RM753.6 juta) daripada cukai pendapatan tahun lepas yang dikumpul oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Tindakan itu dilakukan atas alasan mahu mengekang penyalahgunaan dana itu bagi ‘membiaya’ kumpulan militan dan keluarga mereka.

Di bawah undang-undang 2018, setiap tahun Israel akan mengira berapa peruntukan yang didakwa diberikan oleh PA kepada kumpulan militan dan menolak jumlah itu daripada cukai yang dikumpul bagi pihak Palestin.

Cukai yang ‘dirampas’ Israel itu menjana kira-kira separuh daripada pendapatan PA untuk tujuan pentadbiran kendiri wilayah itu.

Ketua hal ehwal penjara di Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Qadri Abu Baker, menyifatkan tindakan Zionis itu sebagai ‘kegiatan pengganas dan lanun’.

Israel sebelum ini percaya PA ‘membayar gaji’ bulanan kepada kumpulan pejuang yang didakwa sebagai militan oleh regim Zionis.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan / AJ

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button