PalestinSemasa

israel mula ketakutan akibat angka korban di pihak mereka yang meningkat

Sekurang-kurangnya 1,200 rakyat Israel telah terbunuh sejak serangan mengejut oleh kumpulan Palestin Hamas minggu lalu yang melibatkan berpuluh-puluh pejuang yang menyusup masuk ke penempatan dan pekan haram Israel, kata Perbadanan Penyiaran Awam Israel KAN awal hari Rabu.

Sementara itu, memetik Kementerian Kesihatan Israel, Times of Israel melaporkan lebih daripada 2,900 rakyat Israel telah cedera dalam serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan lebih 500 masih dirawat di hospital.

Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada 900, manakala 4,500 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

Kumpulan Hamas Palestin yang berpangkalan di Gaza melancarkan Operasi Taufan Al Aqsa ke atas Israel pada awal hari Sabtu dengan melepaskan tembakan roket. Ia berkata serangan mengejut itu sebagai tindak balas terhadap penyerbuan Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang dijajah dan keganasan peneroka haram  yang semakin meningkat terhadap Palestin.

Related Articles

Back to top button