Pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin semasa sedang menunggu bantuan makanan baru-baru ini adalah tidak boleh diterima oleh akal waras. Ia adalah jelas genosid terancang daripada pihak israel.
Tentera israel telah membunuh sekurang-kurangnya 118 dan ratusan cedera parah dalam kejadian itu.
Penduduk Palesin yang sudah lebih 150 hari diserang, kini bergantung pada makanan ternakan dan makanan untuk burung untuk terus hiup. Akses kepada bantuan makanan telah dihadkan oleh israel.
Israel telah melakukan jenayah seperti yang telah dibuktikan oleh Afrika Selatan dalam pembentangannya di ICJ.
Aksi tentera Israel melepaskan tembakan ke atas rakyat Palestin dengan menggunakan kereta kebal dan dron adalah kejam dan biadab.
Bagaimana jenayah sebegini boleh dibiarkan tanpa hukuman? israel, dengan sokongan AS, diberi kebebasan untuk membunuh sesuka hati.
ICJ telah membahaskan jenayah pembunuhan beramai-ramai oleh israel namun penjenayah dibenarkan meneruskan genosid tanpa halangan dan tanpa sebarang hukuman.
MAPIM menuntut agar ICJ komited untuk menghukum israel tanpa berlengah-lengah. Akauntabiliti mesti dikenakan sepenuhnya ke atas israel, atas 75 tahun pendudukan kejam dan pemerintahan rejim apartheid.
Dalam campur tangan baru-baru ini di ICJ, 52 negara mengemukakan hujah tambahan mengenai jenayah genosid. Semua pembentangan menunjukkan hujah yang kukuh bahawa israel telah didapati bersalah atas jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai.
ICJ, sebagai sebuah agensi PBB, telah menunjukkan bahawa Israel mesti menyerahkan laporan dalam tempoh sebulan selepas keputusan dikeluarkan mengenai langkah menghentikan kempen pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Malangnya ia tidak diendahkan dan keadaan di lapangan semakin memburuk dari hari ke hari.
Kebuluran dan kematian akibat kecederaan dan kelaparan yang tidak dirawat kini menjadi bencana besardi Gaza.
Kematian 10 kanak-kanak di Gaza akibat kekurangan zat makanan, manakala UNICEF melaporkan satu daripada enam kanak-kanak di Gaza di bawah umur 2 tahun mengalami kekurangan zat makanan yang teruk, meninggalkan persoalan mengapa PBB masih tidak berupaya untuk bertindak.
Akses kepada pemakanan, air, penjagaan perubatan dan perlindungan daripada peluru dan bom merupakan cabaran besar yang memerlukan gencatan senjata kemanusiaan sekarang.
Malah Presiden AS Joe Biden berkata bahawa bantuan kemanusiaan Gaza “tidak cukup” dan jumlah bantuan yang disalurkan ke Semenanjung Gaza yang terkepung adalah jauh dari mencukupi.
Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, memberitahu sidang akhbar bahawa askar Israel tidak sengaja melepaskan tembakan ke atas rakyat Palestin yang kelaparan dalam pembunuhan konvoi bantuan. Dia dipetik oleh Times of Israel.
Tentera sebelum ini telah mengeluarkan rakaman dron yang telah disunting mengenai kejadian itu dan mengesahkan tenteranya melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin, tetapi mendakwa kebanyakannya terbunuh dalam rempuhan – walaupun laporan saksi mata mengatakan israel menembak ke arah orang ramai, dan pasukan PBB melaporkan bahawa ramai daripada mereka yang cedera akibat luka tembak.
Kami menyeru masyarakat dunia untuk tidak berlengah lagi. Kami menggesa PBB untuk mengerahkan pasukan pengaman dan lintasan Rafah dibuka sepenuhnya.
Umat Islam global mesti digerakkan untuk memberikan tekanan bersatu untuk melindungi rakyat Palestin daripada pencerobohan Israel