Israel menggunakan penjara sebagai tempat penyeksaan
Palestin: Pihak berkuasa Israel menangkap sebahagian aktivis Palestin di tempat tingggal mereka dan menempatkan mereka di pusat pemeriksaan tentera. Menurut pakar, tindakan Israel itu adalah bagi mengganggu kestabilan mental mereka.
Penangkapan dilakukan pada awal pagi oleh tentera yang bersenjata bagi menakutkan tahanan dan keluarga mereka. Menurut laporan Persatuan Tawanan Palestin, tentera Israel memindahkan tahanan ke lokasi yang tidak diketahui.
Tahanan dikenakan pelbagai seksaan yang ganas, memalukan dan dikenakan pengasingan.
“Perkhidmatan keselamatan Israel berusaha menekan penentangan masyarakat Palestin dengan memenjarakan mereka yang menentang Israel. Penahanan adalah taktik penindasan yang digunakan bagi menjadikan mereka tidak berdaya dan lemah bagi menentang israel,” kata Dr. Jaber, yang mengetuai Jabatan Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan Palestin.
Dia mendakwa bahawa ejen perisik Israel cuba menipu tahanan agar mempercayai yang Isreal mengetahui segala-galanya tentang mereka semasa proses penahanan. Ini adalah teknik yang terkenal yang digunakan oleh tentera Israel.
“Tentera Israel berusaha untuk mengekalkan ketakutan warga Palestin walaupun telah keluar dari penjara,” kata Pakar psikiatri.
Anadolu Agency.com
Ramai orang Palestin mengadu tekanan psikologi yang berpunca daripada penyeksaan ketika ditahan, terutamanya di bilik soal siasat di mana mereka dikurung untuk jangka masa yang panjang.
Oleh : Ummi Fatihah – Wartawan Pelatih
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia