HEBRON: Pihak berkuasa pendudukan israel memberitahu rakyat Palestin tentang tindakan mereka yang seterusnya untuk merobohkan 5 rumah dan 3 telaga air di wilayah Masafer Yatta, selatan Tebing Barat yang diduduki, menurut sumber tempatan.
lsraeli occupation forces demolish a Palestinian-owned house in Masafer Yatta, south of Hebron. pic.twitter.com/ZSh5SpIkid
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 3, 2023
Rateb Jabour, seorang aktivis tempatan, memberitahu WAFA bahawa pasukan tentera israel menyerbu perkampungan Al-Jawaya di Masafer Yatta dan menyerahkan lima pemberitahuan kepada penduduk tempatan tentang arahan tentera untuk merobohkan rumah mereka, yang melindungi keluarga termasuk kanak-kanak serta wanita.
Pihak berkuasa pendudukan juga mengarahkan perobohan tiga telaga milik seorang penduduk tempatan Palestin.
Watch: An Israeli occupation soldier places a row of stones in front of a group of Palestinians and decides that they are not allowed to cross it in Masafer Yatta in the occupied West Bank.#SaveMasaferYatta pic.twitter.com/7RF9wum5PC
— Quds News Network (@QudsNen) January 8, 2023
Arahan perobohan terbaharu itu dibuat oleh kerajaan baru israel, Benjamin Netanyahu, dan juga tokoh perkauman yang terkenal dengan permusuhan mereka terhadap Palestin, seperti Itamar Ben-Gvir, yang boleh mendesak untuk lebih banyak perobohan rumah penduduk Palestin di Tebing Barat, terutamanya di Masafer Yatta.
Watch: An 82-year-old Palestinian man from Masafer Yatta describes how he was born in the area where he and 1,000 other Palestinians have been expelled from by Israeli occupation.#SaveMasaferYatta pic.twitter.com/v08elvaTY7
— Quds News Network (@QudsNen) January 8, 2023
Pada 4 Mei lalu, Mahkamah Tinggi israel memberi lampu hijau kepada tentera israel untuk merobohkan dan memindahkan lebih 1000 rakyat Palestin yang tinggal kira-kira lapan komuniti di Masafer Yatta untuk menjadikan kawasan itu sebagai zon latihan serta tembakan.
Keputusan itu menyebabkan kecaman yang kuat daripada penduduk tempatan serta antarabangsa dan tindakan yang serius akan dilakukan.
BACA JUGA
Tentera israel tembak mati remaja Palestin di Nablus
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini