Oleh Khairulanwar Mohd Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
RAMALLAH: Buat pertama kali pihak Israel mengakui kemungkinan besar wartawan Palestin-Amerika, Shireen Abu Akleh telah ditembak mati oleh salah seorang askar Israel.
“Ada kemungkinan besar Shireen Abu Akleh terkena tembakan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) secara tidak sengaja yang dilepaskan ke arah suspek yang dikenal pasti sebagai lelaki bersenjata Palestin,” kata laporan akhir tentera berhubung kematian mangsa pada 11 Mei lalu.
Sebelum ini tentera Israel menafikan bahawa mereka yang menyebabkan wartawan itu meninggal dunia dengan menuduh pihak militan yang bertanggungjawab ke atas kematian Shireen Abu Akleh.
Israel finally admitted to the assassination of “#ShireenAbuAkleh“.
Of course, the army has said that it killed her by mistake, as always. This army has been mistakenly killing children, women, civilians and journalists for years. pic.twitter.com/hWs3l9vIYb— Qasemebnolhasan (@Qasemebnlhasan) September 6, 2022
Namun dalam kenyataan terbaru pihak tentera berkata hanya kemungkinan wartawan tersebut ditembak oleh salah seorang tenteranya yang tidak mengetahui bahawa Shireen merupakan wartawan.
“Kesimpulan kami adalah tidak mungkin untuk menentukan dengan jelas tembakan mana yang membunuhnya, tetapi ada kemungkinan lebih tinggi bahawa dia terkena tembakan salah seorang askar IDF yang tidak mengenal pasti dia sebagai wartawan,” kata seorang pegawai kanan tentera Israel.
Dalam sidang media mengenai laporan kes tersebut, rejim Zionis mengatakan sekiranya tentera mereka yang menembak Abu Akleh, perbuatan tersebut adalah perkara tidak disengajakan.
Pegawai Israel juga berulang kali berkata mereka sangat bangga dengan kelakuan tenteranya dan mengatakan pihak tentera Israel telah mengikuti segala prosedur yang ditetapkan.
Abu Akleh, warga Palestin-Amerika berusia 51 tahun, telah ditembak mati oleh tentera Israel pada 11 Mei, ketika dia sedang membuat liputan serbuan tentera ke Jenin, Tebing Barat.
Tindakan itu mendapat kecaman antarabangsa dan pelbagai pihak mahukan keadilan buat Abu Akleh yang dianggap dibunuh secara terang-terangan tentera Israel.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia