DuniaSemasa

Israel melancarkan serangan udara terbaru ke atas Lubnan

ketengangan meningkat

TEL AVIV  : Jet tempur Israel menyerang sebuah lokasi di Lubnan pada waktu pagi, hari Khamis (5/8/2021).

Israel menyatakan, lokasi yang diserang tersebut merupakan lokasi yang digunakan untuk melancarkan roket.

Diberitakan sebelumnya, sejumlah roket yang berasal dari Lubnan menghentam wilayah Israel pada Rabu (4/8/2021).

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab serangan roket dari wilayah selatan Lubnan tersebut.

Wilayah itu berada di bawah kekuasaan kelompok Hezbollah yang disokong Iran.

Tentera Israel memaklumkan, serangan udara tersebut merupakan serangan balas atas serangan roket dari wilayah Lubnan.

Sebelum melancarkan serangan udara itu, Israel sudah membalas serangan roket dengan tembakan artileri.

Peristiwa tersebut menandakan meningkatnya ketegangan di rantau tersebut selepas serangan Iran terhadap sebuah kapal minyak di Teluk Arab pada minggu lalu.

Tentera Israel memaklumkan jet tempurnya menyerang tapak pelancaran dan infrastruktur untuk serangan roket.

TV Al-Manar yang dikelola Hezbollah melaporkan, beberapa jet tempur Israel melancarkan dua serangan di pinggir kota Mahmudiya di Lubnan, sekitar 12 kilometer dari sempadan Israel.

Sebahagian besar wilayah sempadan itu sepi sejak Israel berperang melawan Hezbollah pada 2006.

— KOMPAS

Related Articles

Back to top button