Semasa

Israel lulus lebih 1,300 penempatan haram di Tebing Barat

Palestin mengecam rancangan Israel untuk membangunkan lebih banyak penempatan haram untuk penceroboh Yahudi di Tebing Barat.

Kementerian Luar Negeri Palestin berkata dalam satu kenyataan bahawa tender untuk membina lebih 1,355 unit penempatan adalah usaha Israel untuk terus membangunkan penempatan haram di wilayah Palestin.

“Tujuan membina unit baharu  penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah untuk memisahkan wilayah Palestin daripada perluasan Palestin mereka sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Anggaran menunjukkan bahawa sekitar 650,000 penceroboh Israel tinggal di 164 penempatan dan 124 pos di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh,  menyeru negara lain – terutamanya Amerika Syarikat – untuk “berdepan” dengan Israel mengenai “pencerobohan” oleh Israel terhap pembinaan penempatan haram itu.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan menunggu jawapan daripada pentadbiran Presiden AS Joe Biden, yang sebelum ini menentang pembinaan penempatan Israel secara unilateral sebagai penghalang kepada penyelesaian dua negara kepada konflik itu.

Untuk rekod, kira-kira 475,000 penceroboh Yahudi tinggal di perkampungan Tebing Barat di atas tanah milik Palestin dan melanggar undang-undang antarabangsa.

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button