Semasa

Israel larang umat Islam solat di Masjid Ibrahimi bagi menyambut tahun baru Yahudi

Kawasan suci orang Islam hanya dibuka kepada penduduk Israel di situ

RAMALLAH : Pihak berkuasa Israel menutup Masjid Ibrahimi di bandar Hebron kepada para jemaah Muslim sempena menyambut tahun baru Yahudi.

Pengerusi Masjid, Sheikh Hefthi Abu Sneina berkata Israel menghalang Palestin memasuki kawasan suci itu dan kawasannya ketika penduduk haram itu bersiap untuk memperingati cuti Tahun Baharu Yahudi, Rosh Hashanah.

Beliau turut memberitahu bahawa tentera Israel menghalang kemasukan petugas masjid ke tempat ibadat dan mengetatkan kawalan keselamatan di Bandar Lama Hebron.

Sambutan tahun baru Yahudi akan bermula pada 6 September dan berlangsung sehingga 27 September.

Tentera Israel juga akan menutup sepenuhnya Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan melarang melalui kawasan sempadan.

Dalam pada itu, Hebron adalah rumah bagi kira-kira 160,000 Muslim Palestin dan sekitar 800 pendatang haram Yahudi.

Untuk rekod, selepas peristiwa pembunuhan beramai-ramai terhadap 29 jemaah Palestin di dalam masjid oleh ekstremis Baruch Goldstein pada tahun 1994, pihak berkuasa Israel telah membahagikan kompleks masjid antara jemaah Muslim dan Yahudi.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button