GAZA : Belum genap sebulan gencatan senjata, Israel mencabuli perjanjian itu apabila melancarkan serangan udara sebagai tindak balas belon api yang didakwa dihantar kumpulan Islam di Semenanjung Gaza ke selatan Israel pada Selasa.
Menurut sumber media Palestin, cabulan gencatan senjata itu menyasarkan markas tentera milik pejuang Hamas dan tempat operasi pejuang Islam itu di Khan Younes.
Selain itu, GazaNowNews turut melaporkan di Twitter, Empat peluru berpandu disasarkan di Khan Younes, selatan Gaza, manakala, tiga lagi peluru berpandu dilepaskan di kawasan kejiranan Al-Zaytoun, sebelah timur Kota Gaza sehingga menghancurkan beberapa rumah penduduk Palestin.
Pasukan pertahanan Israel mendakwa sasaran dilepaskan susulan belon api yang dilepaskan pasukan bomba tempatan sehingga menyebabkan kebakaran di 20 ladang yang terletak di selatan Israel.
Belon api itu simbolik kemarahan tindakan kerajaan baharu Israel selepas kejatuhan Benjamin Netanhayu yang membenarkan pendatang Yahudi mencemar Baitulmaqdis dengan perarakan yang digelar ‘Flag of March’.
Lebih mengeruhkan keadaan, tular di media sosial video perarakan haram pendatang Yahudi melaungkan ‘Kematian kepada Arab’ bagi mencetuskan kemarahan Palestin.
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, semalam mengecam perarakan Yahudi tersebut dan menyifatkan perhimpunan itu sebagai provokasi terhadap rakyat Palestin.
Ketika perarakan berlangsung, polis Israel melepaskan tembakan peluru getah dan bom di perkarangan Masjid Al-Aqsa bagi mengusir puluhan rakyat Palestin termasuk yang sedang beribadah, keluar dari tanah suci itu. Dilaporkan, kira-kira 27 orang Palestin cedera.
Oleh : Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom / Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran)
______________________________________
Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia