Israel hukum rakyat Palestin dengan musnahkan kediaman mereka
Baitulmaqdis : Kerajaan sayap kanan Israel sangat agresif melaksanakan dasar memusnahkan rumah yang disyaki milik keluarga pejuang Palestin.
Minggu lepas, Mahkamah Agung Israel menolak rayuan sebuah keluarga Palestin (Zalabani)dan memutuskan untuk memusnahkan pangsapuri baru di tingkat tiga tempat mereka tinggal selama hampir tiga tahun.
Pekerja perobohan tiba Khamis dan memaklumkan kepada keluarga itu yang rumah mereka akan diletupkan dalam tempoh beberapa hari.
Kes keluarga itu menarik perhatian pihak asasi manusia kepada sikap Israel yang berlaku tidak adil.
Ketika keganasan melonjak di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat yang dijajah, kerajaan sayap kanan Israel semakin agresif melaksanakan dasar itu. Israel mempertahankan perbuatan itu bagi mencegah serangan.
“Ini bukan penyelesaian,” kata ibu Mohammed, Fida Zalabani, matanya basah ketika mengenangkan usaha menghias rumah yang digeledah oleh pasukan keselamatan Israel sebelum menebuk lubang di dinding meletakkan bahan letupan.
“Semua anak saya, seluruh komuniti, akan menyaksikan hal ini dan tidak akan melupakannya.”
Badan pemerhati hak asasi manusia seperti kumpulan bantuan guaman HaMoked, memfailkan petisyen bagi pihak Zalabanis – menyifatkan pemusnahan itu seperti hukuman kolektif, menyebabkan ibu bapa, adik beradik dan pasangan yang tidak terlibat telah kehilangan tempat tinggal. Keluarga Zalabanis, tujuh sekeluarga, terpaksa menyewa sebuah pangsapuri bawah tanah yang sempit.
Sehingga kini, dasar kejam kerajaan israel itu masih belum menerima kutukan daripada mana-mana kuasa besar. Atas sebab itu umat Islam perlu sentiasa mendesak agar kepimpinan mereka yang mengambil langkah pertama untuk mengutuk dan memaksa campur tangan kuasa besar dunia.