PalestinSemasa

Israel eksploitasi tanah Palestin

PALESTIN: Israel mengambil kesempatan ke atas tanah Palestin dengan menggunakan sebanyak 76 peratus daripada tanah itu di “bahagian C” di Tebing Barat.

Di bawah Perjanjian Oslo 1995 antara pihak berkuasa Palestin dan Israel, Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur telah dibahagikan kepada tiga bahagian – Bahagian A, B, dan C di mana bahagian C berada dalam kawalan keselamatan Israel sehingga perjanjian muktamad dapat dibuat dengan Palestin.

kawasan dirampas Israel -A, B, C
Sumber: Dailymail.co.uk

Biro Perangkaan Pusat Palestin memberi jumlah tanah yang sudah dieksplotasi pada ulang tahun ke-46 The Land Day.

“Israel telah mengeksploitasi 76 peratus daripada tanah bahagian C secara langsung.”

Menurutnya lagi, 18 peratus daripada eksploitasi tersebut digunakan atas tujuan ketenteraan sementara tembok penghadang telah merosakkan lebih daripada 129 komuniti Palestin.

Dijangka lebih kurang 700,000 pendatang Israel tinggal dalam 151 kawasan perumahan di Tebing Barat.

Pendatang juga telah menjalankan lebih seribu serangan terhadap rakyat Palestin dan harta mereka.

Keterangan itu memaklumkan lebih daripada 12,000 buah rumah telah didirikan oleh kerajaan Israel manakala lebih seribu bangunan Palestin telah dirobohkan.

Diterjemah dari: Middle East Monitor

oleh : Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media

____________________________________________________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button