BAITULMAQDIS: Kedegilan pendatang Israel yang tetap mahu meneruskan upacara Perarakan Bendera telah mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa sehingga menyebabkan rakyat Palestin menjadi mangsa keganasan mereka.
Situasi di perkarangan Masjid Al-Aqsa menjadi tegang apabila polis Israel bertindak memukul dan menangkap rakyat Palestin selepas menutup pintu gerbang Damsyik.
Tentera Israel bertindak ganas apabila melakukan kekerasan terhadap pemuda Palestin di Pintu Damsyik bagi memberi laluan kepada penduduk penempatan haram meneruskan ‘Perarakan Bendera’ mereka.
Satu video tular di laman Twitter berdurasi 15 saat menunjukkan kekejaman polis Israel membelasah seorang warga Palestin.
#Israeli police beating a #Palestinian man who manages to escape – filmed by a colleague at #DamascusGate pic.twitter.com/MpQzAi5qo9
— Tom Bateman (@tombateman) June 15, 2021
Pihak Bulan Sabit Merah memaklumkan sekurang-kurangnya 33 orang Palestin telah cedera disebabkan oleh tembakan peluru getah, bom tangan dan serangan fizikal oleh polis dan tentera Israel untuk menghalau mereka keluar dari pagar Damsyik.
Pihak atas Israel meningkatkan kawalan keselamatan dengan meletakkan pasukan polis dan tentera di sekitar kawasan Semenanjung Gaza dan memasang penghadang besi sepanjang jalan menuju ke pintu gerbang Damsyik bagi menghalang kemasukan rakyat Palestin.
Perarakan itu bertujuan untuk menghimpunkan ribuan orang muda dari pihak sayap kanan diiringi dengan laungan slogan anti-Palestin dan pengibaran bendera Israel.
Perarakan yang diiringi dengan laungan “Kematian kepada orang Arab” serta “Nakba kedua akan datang” – merujuk kepada pembersihan etnik 1948 dari sekurang-kurangnya 700,000 orang Palestin oleh zionis Israel.
Satu lagi video yang tular menunjukkan seorang wanita Palestin turut menjadi mangsa apabila polis Israel bertindak mengasari seorang wanita Palestin yang mengibarkan bendera Palestin.
فتاه فلسطينيه ترفع علم فلسطين امام كل اعلام الكيان الصهيوني ، فينقض عليها قوات الاحتلال الصهيوني بالضرب وسرقو العلم الفلسطيني . علم فلسطيني يخيفهم . تحيه لهذه الفتاه الفلسطينيه التي اثلجت صدورنا .
الفيديو من قناه الجزيرة #لن_تمر #مسيره_الاعلام #القدس pic.twitter.com/BCkfe7iqfR
— qadi (@ALQadiPAL) June 15, 2021
Namun, semangat warga Palestin tidak pernah luntur, mereka menaikkan tanda yang bertuliskan “Baitulmadqis milik kami” semasa mengadakan tunjuk perasaan di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.
Kedegilan itu sebenarnya membangkitkan semangat juang rakyat Palestin dan penduduk Islam di seluruh dunia untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa.
Pejuang Hamas sudah melakukan persiapan awal bagi menghadapi serangan Zionis Israel jika keadaan semakin genting akibat kedegilan Israel meneruskan ‘Perarakan Bendera’ di pekarangan Masjid Al-Aqsa.
Pihak Bulan Sabit Merah telah mengerah pekerja dan sukarelawannya merawat rakyat Palestin yang tercedera dalam perarakan itu dan telah membuka sebuah hospital lapangan di ibu pejabat mereka di kawasan al-Sawwana.
Untuk rekod, perarakan itu pada awalnya dirancang diadakan pada 10 Mei sebagai hari penjajahan Israel di kota itu pada tahun 1967, tetapi perarakan dibatalkan akibat pertempuran selama 11 hari antara Israel dan Palestin di Gaza.
Israel dilaporkan masih degil ingin meneruskan perarakan itu dan meletakkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di sekitar kawasan perkarangan Masjid Al-Aqsa.
Ia susulan mesyuarat Ketua Polis Israel dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Omer Barlev yang meluluskan perarakan itu dan dipersetujui oleh Presiden baharu Israel, Neftali Bennett.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar
******
Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia