PalestinSemasa

israel bunuh 91 rakyat Palestin dalam 9 pembunuhan beramai-ramai dalam masa 24 jam

Tentera israel telah melakukan sembilan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Gaza yang terkepung dalam tempoh 24 jam yang lalu, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 91 rakyat Palestin. Kira-kira 210 orang cedera buat waktu ini, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 35,800 orang, dengan tambahan 80,200 individu mengalami kecederaan.

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. Sementara itu, pasukan ambulans dan penyelamat masih tidak dapat sampai kepada mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bertaburan di jalan raya merentasi kawasan yang dilanda perang, kerana pasukan pendudukan israel terus menghalang pergerakan ambulans dan krew pertahanan awam.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button