PalestinSemasa

Israel bunuh 10 orang awam dalam serangan ke atas pusat perlindungan di Gaza

Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang awam, termasuk kanak-kanak, dan mencederakan ramai yang lain dalam serangan udara yang mensasarkan sebuah rumah yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal di timur bandar Rafah, di selatan Gaza, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Artileri Israel juga mengebom al Bureij, kem pelarian al Maghazi dan bandar Zuwaida, manakala pesawat perangnya melancarkan beberapa serbuan di Jalan Salah al Din, dan berhampiran Hospital Syahid Al Aqsa di Deir al Balah, pusat kawasan itu, WAFA berkata.

Dua mayat ditemui oleh ambulans dan kru penyelamat dari bawah runtuhan di Khan Younis, kata agensi berita Palestin.

Jet Israel juga melancarkan serangan menyasarkan bandar Bani Suheila, timur Khan Younis, dan kawasan di tenggara. Pendudukan itu juga membedil kawasan di kejiranan Zeitoun di Gaza, mencederakan ramai orang, lapor WAFA.

SUMBER : TRT World

Related Articles

Back to top button