PalestinSemasa

israel bom pusat perlindungan Palestin di Rafah, berpuluh-puluh orang terbunuh

Tentera israel telah mensasarkan khemah penduduk Palestin, berhampiran ibu pejabat UNRWA di barat laut Rafah, mengakibatkan banyak korban, menurut Bulan Sabit Merah Palestin.

Serangan itu telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 30 orang dan menyebabkan berpuluh-puluh lagi cedera, menurut pejabat media kerajaan Gaza.

Agensi pertahanan awam Gaza mengesahkan laporan ini, menunjukkan kesan teruk ke atas kawasan yang menempatkan kira-kira 100,000 orang pelarian.

Laporan awal dari agensi pertahanan awam Gaza mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 50 orang telah terbunuh atau cedera dalam serangan itu.

Angka kematian yang sebenar di kem Tal Al-Sultan masih belum dapat dipastikan.

Pejabat media kerajaan Gaza telah melabelkan kejadian itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai Rafah.” Ia menyatakan ini sebagai mesej jelas daripada israel kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan masyarakat global, akan serangan berterusan terhadap orang awam di Gaza.

Tentera israel telah mengesahkan bahawa serangan telah dilakukan petang ini di Tel al-Sultan tetapi butirannya sedang disiasat.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button