Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
Pihak Israel pada Selasa telah mengeluarkan arahan pengusiran 15 keluarga Palestin dari kediaman mereka yang terletak di antara bandar Bir Nabala dan Beit Hanina di barat laut Baitulmaqdis.
Penyelia Am Pertubuhan al-Baydar bagi Pembelaan Hak Badwi, Hassan Mleihat berkata tentera Israel menyerbu kawasan itu dan menyampaikan beberapa arahan bagi mengusir keluarga itu daripada suku Badwi Kaabneh dalam apa yang kelihatan sebagai percubaan untuk merampas tanah.
Beliau menegaskan bahawa arahan pengusiran itu sebagai sebahagian daripada dasar pembersihan etnik pihak berkuasa Israel yang memihak kepada peneroka Israel.
Hassan menyeru pertubuhan hak asasi manusia dan institusi antarabangsa untuk memikul tanggungjawab bersama dalam membela komuniti ini dan memberikan semua sokongan yang mungkin untuk mengukuhkan kehadiran mereka di kawasan tersebut.
Laporan WAFA mengatakan pihak Israel turut merosakkan struktur dan kandang haiwan di kawasan Ein al-Hilweh di utara Lembah Jordan.
“Tentera Israel turut menyerbu Ein al-Maleh dan menyampaikan notis mengarahkan 14 kemudahan termasuk kediaman dan beberapa kandang haiwan lain milik 7 keluarga itu dirobohkan.”
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia