
GAZA : Serangan Israel ke atas Gaza pada Mei lalu menyebabkan banyak hasil tanaman dan infrastruktur pertanian rosak. Sejurus gencatan senjata dicapai Israel mengenakan sekatan tambahan, mengakibatkan petani Gaza tidak dapat mengeksport barangan seperti biasa. Hasil tanaman seperti tomato dan strawberi tidak terjual dan harganya jatuh.
Bermula minggu lalu, eksport hasil pertanian dari Semenanjung Gaza dibenarkan kembali namun dengan kawalan ketat. Kebenaran itu dakwa Badan Ketenteraan yangmenguruskan Hal Ehwal Awam, COGAT, atas tujuan politik dan sebagai memantapkan stabiliti selepas gencatan senjata.
Barangan dibenarkan keluar dari Semenanjung Gaza dan melalui persimpangan Kerem Shalom.
Pertanian adalah salah satu daripada tiga sektor ekonomi yang membantu menyumbang pekerjaan kepada penduduk Gaza, yang 30 peratus daripada mereka hidup dalam kedaifan.
Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan