KemanusiaanPalestin

Israel bakar 400 pokok zaitun milik penduduk Palestin

Separuh daripadanya berusia lebih 150 tahun

RAMALLAH : Sejumlah warga Israel membakar beratus-ratus pokok zaitun milik para pekebun dan peladang rakyat Palestin di kawasan Tebing Barat, dakwa seorang aktivis tempatan pada Ahad (13 Dis).

Pada Sabtu malam sebelumnya, sekumpulan penduduk Israel menyerang rumah-rumah penduduk Palestin di kejiranan Sa’ir, di bandar Hebron, Tebing Barang.

Di kawasan kejiranan Tel Rumeida pula penduduk Zionis turut menyerang seorang wartawan tempatan Palestin, Mohannad Qafisha, dan mencederakannya di bahagian kepala sebelum dia ditangkap oleh Barisan Pertahanan Israel, IDF.

 

Menurut agensi Anadolu, Fouad Al-Amor yang merupakan anggota Jawatankuasa Perlindungan Kampung Penduduk Palestin, iaitu sebuah pertubuhan bukan pemerintah, dipetik sebagai berkata bahawa kumpulan dari Israel itu membaling “objek-objek yang mencurigakan” ke arah kawasan berhampiran Khallet Ad-Dabi di sebelah timur bandar Yatta di Hebron, menyebabkan kebakaran berlaku.

“Hampir 400 pokok zaitun terbakar dan musnah, termasuk sekitar 250 pokok yang berusia lebih daripada 15 tahun,” 

Al-Amor memberitahu Agensi Anadolu para peneroka dari Israel itu juga menyerang sebuah rumah milik penduduk Palestin dan memusnahkan sebuah saluran bekalan air di kawasan yang sama.

Seramai 650,000 orang Israel dipercayai menetap secara haram di 164 kawasan penempatan yang dibangunkan di Tebing Barat dan bahagian timur Baitulmuqaddis.

Berdasarkan data PBB, Israel telah merampas dan memusnahkan lebih daripada 689 buah rumah rakyat Palestin di Tebing Barat serta Baitulmuqadis. – Anadoulu

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button