Menteri Luar Israel berkata tekanan antarabangsa terhadap Israel akan meningkat dalam tempoh dua atau tiga minggu berikutan serangannya ke atas Gaza.
Menurut akhbar Jerusalem Post, Eli Cohen memberitahu sidang akhbar bahawa Israel hanya mempunyai dua atau tiga minggu sebelum ia kalah dalam pertempuran diplomatik di pentas antarabangsa untuk menghentikan perang ke atas Gaza.
“Dari sudut pandangan diplomatik, kami menyedari bahawa tekanan telah mula ditanggung ke atas Israel. Tekanan tidak begitu tinggi (sekarang), tetapi ia semakin meningkat,” kata Cohen.
Beliau menegaskan, bagaimanapun, operasi ketenteraan Israel di Gaza tidak akan berhenti sehingga kumpulan Palestin Hamas dihapuskan dan tawanan yang ditahan di Gaza dibebaskan.
SUMBER : TRT World