PendidikanSemasa

Islamofobia: Dengan berselawat, akan selesai semua masalah

KAJANG: Kebencian terhadap Islam dilihat semakin berleluasa akhir-akhir ini memperlihatkan kesan Islamofobia semakin berleluasa terutamanya di Eropah.

Protes besar-besaran dari umat Islam di seluruh dunia dilaporkan media selepas beberapa insiden membakar kitab suci Al-Quran sejak awal tahun ini.

Pendakwah dan pembimbing Majlis As Sa’adah Wal Kheyr, Al Fadhil Ustaz Ahmad Syawal Abu Uwais dalam temubual bersama UmmahToday mengakui beliau dan guru-gurunya berpendapat perkara mehnah atau ujian di akhir zaman ini tidak dapat dielakkan oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

“Asbab terjadinya begitu akibat daripada kekurangan ilmu dan juga kurangnya kefahaman tentang Islam”.

“Mereka cuba tunjukkan Islam itu pengganas, ada golongan yang cuba menggambarkan Islam sebagai extremis dan sebagainya”.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam kita perlu tunjukkan bahawa Islam itu penuh dengan rahmah, penuh dengan kasih sayang sambil kita ikut sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW”, ujar beliau.

Al Fadhil Ustaz Ahmad Syawal ditemui ketika Majlis Ummah Berselawat anjuran MAPIM Malaysia pada Isnin di Ummah Hall, Bandar Bukit Mahkota yang turut dihadiri oleh Y.M Habib Mahdi Al-Hamid ulama yang bernasab dengan Rasulullah SAW galur keluarga Al Hamid dari Yaman.

“Amat perlu umat Islam bersatu dan mengadakan majlis-majlis yang mampu memupuk asbab mahabah (yang bererti cinta, kasih dan sayang merupakan satu istilah yang sangat dikenali dan biasa digunakan dalam perbahasan ilmu tasawuf) kepada masyarakat inshaAllah mampu mengurangkan tanggapan luar kononnya Islam ini buruk”, katanya.

Tambah beliau lagi, dengan berselawat, akan selesai semua masalah dan selebihnya kita serahkan kepada Allah.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِي

Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung,” ucap beliau mengakhiri temubual.

BACA JUGA
MAPIM anjur program ‘healing’ melalui Majlis Ummah Berselawat

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button