DomestikHiburanSemasa

Islam tidak sekat minat, asalkan tidak langgar syariat

KUALA LUMPUR: Islam tidak melarang para penganutnya daripada mempunyai minat atau hobi, tidak kira apa jua bidang selagi ia tidak melanggar tuntutan dan syariat.

Ini kerana sudah fitrah setiap manusia mempunyai kecenderungan sendiri.

Begitu juga dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang meminati bidang permotoran berkuasa tinggi, menurut paparan video beliau di laman Instagram.

“Saya memang minat motosikal kuasa tinggi, cuma tidaklah seserius mereka yang lain kerana saya cuma ada motor kapcai di rumah untuk pusing-pusing taman atau ke kedai runcit.

“Tengahari ni dapat cuba Harley Davidson Pan America milik sahabat saya,” katanya.

Islam juga tidak menyekat umatnya mencari hiburan selagi mana tidak keluar daripada batas syarak dan tidak lalai daripada melaksanakan perintah agama.

Kesederhanaan sangat penting dalam usaha mencari hiburan serta minat.

Tambah Dr. Zulkifli, ada benda kita minat tetapi tidak semestinya kita miliki dan ada benda yang kita dapat, tetapi mungkin kurang sesuai.

“Apa yang penting, bersyukur seadanya dengan segala nikmat Allah SWT,” jelasnya.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button