DuniaKemanusiaanSemasa

Iraq kurang elektrik, jalin hubungan baik dengan Turki

BAGHDAD : Akibat kekurangan tenaga elektrik, negara Iraq telah memuktamadkan langkah teknikal dengan menjalinkan hubungan dengan negeri Turki.

Menurut Menteri Elektrik Adel Karim, berkata, Iraq akan mempunyai bekalan elektrik yang lebih baik pada musim panas ini sekiranya bekalan gas dan bahan api tersedia kepada kementeriannya.

Selain itu, Adel Karim, mempunyai rancangan untuk menyiapkan projek, menangani kekurangan, mewujudkan talian dan stesen dan membeli transformer elektrik.

Beliau juga menambah bahawa kementeriannya akan menyiapkan semua kerja penyelenggaraan.

PIhak berkuasa Iraq juga menyatakan Turki akan membekalkan Iraq dengan 500 megawatt elektrik.

“Kerja-kerja sedang dijalankan untuk melengkapkan rangkaian elektrik dengan negara jiran iaitu, Jordan,”

“Rundingan mengenai hubungan elektrik dengan negara-negara Teluk juga sedang berjalan untuk mencapai penyelesaian yang memuaskan,” tambah beliau.

Selama bertahun, Baghdad telah mengimport sebanyak 1,200 mengawatt elektrik dari Iran untuk memberi makan kepada loji kuasa elektrik tempatan.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan, Iraq telah menjana kira-kira 19,000 hingga 21,000 megawatt walaupun keperluan sebenar melebihi 30,000 megawatt.

-AGENSI

Diterjemah Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof UiTM SA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button