PendidikanSemasa

Internet Satelit MySurFi di daerah Jeli

Kemudahan untuk pelajar

KUALA LUMPUR : Keperluan internet yang pantas bagi tujuan PDPR adalah sangat mendesak semasa zaman pandemik covid-19.

Sebelum ini ramai pelajar yang terpaksa membahayakan diri sendiri bagi memperoleh capaian internet yang bagus bagi tujuan pembelajaran maya. Ada yang memanjat pokok, ada yang berada di tepi jalan raya, dan ada yang terpaksa pergi ke bukit-bukit tinggi.

Kerajaan Malaysia melalui Bahagian Teknologi Angkasa, melaksanakan program Khidmat Sosial Masyarakat Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi menggunakan satelit dengan kepakaran syarikat kejuruteraan Serba Dinamik bersama sebuah syarikat penyedia perkhidmatan berkaitan satelit dan telekomunikasi, Mosyawa Sdn Bhd.

Daerah Jeli di Kelantan menjadi daerah pertama menggunakan teknologi satelit MySurFi bagi tujuan perkhimatan penyambungan capaian internet.

Program itu juga merupakan hasil kerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Ahli Parlimen Jeli.

Menurut kenyataan itu, program tersebut akan memberikan capaian Internet percuma selama enam bulan dalam tempoh negara berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang di Jeli merupakan lokasi pertama dipilih bagi pemasangan Internet satelit di Kelantan sebelum fasa komersial dimulakan di serata daerah di negeri itu. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button