DuniaSemasa

Insiden feri terbalik di Sri Lanka ragut enam nyawa

COLOMBO : Insiden sebuah feri terbalik di Kinniya, timur Sri Lanka telah mengorbankan enam termasuk empat murid sekolah manakala 11 lagi cedera pada Selasa pagi, kata polis.

Pihak polis memaklumkan bahawa feri tersebut terbalik akibat muatan yang berlebihan.

Beberapa penyelam tentera laut turut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat.

Saksi kejadian memberitahu Xinhua beberapa sukarelawan tempatan turut membantu tentera laut mencari mangsa yang hilang.

12 orang telah diselamatkan dan operasi mencari mangsa yang lain masih diteruskan, kata jurucakap tentera laut Kapten Indika de Silva.

Beberapa murid sekolah turut dilaporkan hilang manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan.

– BERNAMA

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button