ABU DHABI : Sebaik memenangi Juara dunia lightweight MMA, Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraannya dalam arena sukan itu hari ini.
Satu keputusan yang mengejutkan buat semua peminat beliau – apabila pertarungan di gelanggang UFC 254, itu menjadi saksi dunia sukan tinju kehilangan sebutir permata.
Atlet Rusia, Khabib Nurmagomedov mengalahkan Justin Gaethje dengan 29-0.
Khabib mengesahkan kemenangan pada pusingan kedua selepas berjaya menumbangkan lawan, bertarung buat pertama kalinya sejak kematian bapa dan jurulatihnya, Abdulmanap pada Julai lalu.
Momen emosional terakam sebaik loceng tamat dibunyikan Khabib sujud di lantai mengalirkan air mata, langsung melakukan sujud syukur.
Setelah diwawancara Khabib berkata tanpa ayahnya beliau tidak akan berada di gelanggang itu pada malam ini.
“Saya sukar dipertikaikan di UFC, juara tidak tewas dengan rekod 13-0 (di UFC), dan 29-0 dalam keseluruhan karier pro MMA saya,” katanya selepas kemenangan di Abu Dhabi.
Beberapa saat kemudian, Khabib dan pencabarnya bergabung dalam momen sukan yang benar-benar indah.
Mengimbas kembali sebelum bersetuju dengan perlawanan itu Khabib memberitahu kisah sebelum perlawanan.
“Saya berjanji dengan ibu ini mungkin adalah perlawanan yang terakhir saya. Tiada sebab untuk saya kembali ke sini tanpa bapa.”
“Ketika UFC menghubungi saya mengenai Justin, saya bercakap dengan ibu saya selama tiga hari. Dia tidak mahu saya bertengkar tanpa ayah saya tetapi saya berjanji kepadanya bahawa ini akan menjadi pertarungan terakhir saya, dan jika saya memberi kata-kata, saya mesti mengikuti ini. ”
Seteru tradisi Khabib, Conor McGregor dari Ireland adalah antara individu yang pertama mengucapkan tahniah kepada atlet Russia berusia 32 tahun itu diatas pencapaian sepanjang kariernya.
“Saya akan meneruskan. Juga sekali lagi hormat dan simpati kepada bapa kamu. Kepada kamu dan keluarga. Yang ikhlas, McGregors,” menurut catatannya di Twitter.
Khabib Nurmagomedov – satu nama besar yang kini hanya tinggal nama, menamatkan karier dengan catatan profesional 29-0.
Persaraannya berbeza dengan ‘persaraan Conor McGregor’, yang lebih bersifat mendalam.
Kata-kata yang diucapkan Khabib setelah pertarungannya adalah dari hati dan sangat bermakna; dia benar-benar tidak akan menjejakkan kaki ke dalam kandang lagi.
Lagenda sejati sukan, bapanya akan berasa bangga! Terima kasih Ayah!
Khabib akan terkenal selama-lamanya dalam dunia sukan Islam dengan keyakinannya kepada Allah “Sekiranya ALLAH bersama anda tiada siapa dapat melawan anda, Terima kasih ayah atas segalanya”
Ulasan : Zul Fikre bin Ali (UiTM)
______________________________________________________________________________________
- Ummah pastinya berbangga dengan Khabib! Peka dengan ummah di sekeliling anda, pasti ada yang memerlukan bantuan.
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:
WWW.BANTUUMMAH.COM
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066