DuniaKemanusiaan

“Jika tiada masjid ini, maka suramlah Ramadan kami”

Empat buah masjid JAKIM dengan kerjasama MAPIM menyerikan ramadan di Palu

PALU : Tanggal 28 September 2018 merupakan titik hitam bagi penduduk Palu, Indonesia. Kesibukan kota dan keindahan Pantai Talise habis dimamah bumi ekoran gempa kuat berukuran 7.5 skala Ritcher.

Kejadian itu turut membawa tsunami yang berketinggian seumpama tiga tingkat sesebuah bangunan ‘menyapu bersih’ kota Palu. Tiada apa pun yang terselamat termasuklah beberapa masjid yang berada di situ.

Bulan Ramadan adalah bulan suci yang penuh dengan keberkatan dan sentiasa dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadan mempunyai banyak keistimewaannya, satu daripadanya adalah Allah SWT menjanjikan ganjaran yang berlipat-ganda kepada semua umat Islam yang memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadan.

Oleh yang demikian, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) membina empat buah masjid yang terletak di beberapa daerah di Kota Palu.

Antaranya ialah, Masjid Ar-Rahman di Balaroa, Masjid Babulkhaerat di Balaroa, Masjid Nur Yahya di Nunu dan Masjid Al-Muhajirin di Tondo. Keempat-empat masjid ini berjaya memanfaatkan sekitar 5000 jemaah di Kota Palu ini.

Menurut Ketua Kelurahan Balaroa, Rahmansyah, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak JAKIM dan MAPIM Malaysia atas usaha murni ini.

“Penduduk disini termasuk saya sangat bersyukur atas binaan masjid ini. Jika tiada masjid-masjid ini maka suramlah Ramadan kali ini.

Ini merupakan Ramadan pertama kami dalam solat tarawikh berjemaah di masjid. Seperti tahun yang sebelumnya kami hanya solat di rumah saja.”

Selaku Pegawai Expert MAPIM Malaysia, Leftenan Besekutu (PA) HIdayat Abdullah berkata kami berjaya menggerakkan kesemua masjid ini sebelum menjelangnya Ramadan.

“Alhamdulillah setibanya kami di bumi Palu kami menjalankan beberapa pemeriksaan penelitian di masjid-masjid ini. Keempat-empat masjid ini lengkap dengan keperluan dan selesa untuk menjalankan ibadah sewaktu bulan Ramadan.

Sehubungan dengan itu, tepat pada malam Ramadan kesemua masjid ini berjaya diimarahkan oleh penduduk setempat. Tinjauan kami juga mendapati aktiviti berbuka puasa dan tarawikh sudah pun dijalankan dengan jayanya.”

Usaha murni ini tidak terhenti disini. Pihak JAKIM dan MAPIM Malaysia akan memastikan projek ini akan terus memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Related Articles

Back to top button