Semasa

Indonesia umum tangguh umrah sehingga 2022

JAKARTA : Kerajaan Indonesia mengumumkan penangguhan umrah negara itu ke Makkah sehingga 2022 susulan ancaman Covid-19.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Menteri Agama, Yaqut Choilil Qoumas, membuat pengisytiharan itu selepas menasihati orang ramai supaya tidak melancong ke luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Haji dan Umrah (PHU), di Kementerian Agama (PPIU), Hilman Latief, keputusan umrah itu diambil dalam pertemuan dengan Persatuan Pengelola Kembara Umrah di Kementerian Agama (PPIU).

“Keputusan menangguhkan ibadah umrah ini dibuat dengan mengutamakan kesihatan jemaah ketika pandemik Covid-19, terutama selepas kemunculan varian baharu Omicron.

“Walaupun rancangan umrah masih ditangguhkan, persatuan PPIU menyokong rayuan kerajaan untuk menangguhkan pelepasan di luar negara. Semua pihak perlu faham wabak itu belum berakhir, dan varian baru yang lebih berbahaya sedang muncul.

“Ada harapan pelepasan dilakukan walaupun jumlahnya berkurangan tetapi secara umumnya, persatuan PPIU memahami dan mematuhi rayuan untuk tidak ke luar negara,” katanya.

Beliau berharap sekatan penerbangan ke luar negara akan dibatalkan bukan sahaja untuk jemaah umrah tetapi untuk semua penerbangan antarabangsa.

Menurut Hilman, Kementerian Agama sebagai pengawal selia dan penyelia pelaksanaan umrah terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan yang diperlukan untuk memastikan pelaksanaan umrah yang sihat dan selamat.

“Dengan mengambil kira keadaan pandemik Covid-19 pada masa itu, pelaksanaan umrah juga akan menjadi titik permulaan bagi pelaksanaan ibadah haji tahun depan.

“Penundaan ini adalah pilihan yang sukar tetapi ia dibuat untuk kebaikan bersama. Kami harap semua orang faham dan  semoga ada pengajaran daripada keputusan ini,” katanya.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

Related Articles

Back to top button