Covid19Semasa

Individu lengkap vaksin peroleh banyak manfaat

KUALA LUMPUR: Individu lengkap dua dos vaksin peroleh manfaat dan bakal menikmati beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP), mulai Selasa.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengembara warganegara dan rakyat asing yang pulang atau tiba dari luar negara serta mendapat vaksin lengkap dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah.

Mengulas lanjut, mereka kemudian diberikan perintah pengawasan di rumah (HSO) digital oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Tambah beliau, kelonggaran lain yang diberikan kepada individu lengkap vaksin ialah dibenarkan merentas daerah di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kebenaran solat di masjid dan surau bagi umat Islam dan menghadiri rumah ibadat bagi penganut bukan Islam.

“Aktiviti dine-in atau makan dalam premis restoran dibenarkan di negeri dalam Fasa 2 PPN dan seterusnya dan aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal, bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan,” katanya menerusi perutusan khas hari ini.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button