Semasa

Individu lengkap vaksin dibenar hadir stadium mulai 1 Oktober

KUALA LUMPUR : Individu yang lengkap divaksinasi dibenarkan hadir menonton perlawanan sukan dan rekreasi, kecuali kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kehadiran itu meliputi sebelum, semasa dan selepas acara, dengan syarat, penonton atau penyokong memakai itu pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan dan minum sepanjang berada di stadium.

Majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuk perasmian dan bengkel juga dibenarkan di negeri Fasa Dua dan Tiga, dengan syarat tetamu telah menerima vaksinasi lengkap serta kapasiti peserta dihadkan kepada 50 peratus ruang premis, manakala kapasiti penuh dibenarkan di negeri Fasa Empat.

“Bagi individu yang belum divaksin, perlu menjalani pre-event test (ujian pra acara menggunakan kit ujian kendiri sebelum hadir dengan disaksikan oleh penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan,” katanya.

Sementara itu, sektor Latihan kemahiran dan pusat Latihan industri termasuk kolej vokasiaonal, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan sebagainya dibenarkan dibuka semula berkuat kuasa 15 Oktober di semua fasa, selaras dengan pembukaan institut pengajian tinggi (IPT).

Kelonggaran baharu itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik covid-19 hari ini, dengna maklumat lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) boleh didapati di lamat sesawang rasmi kementerian-kementerian yang terlibat dan www.mkn.gov.my.

“Walaupun kerajaan memberikan kelonggaran, namun saya berharap agar rakyat dapat terus patuh kepada SOP yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Kerjasama Keluarga Malaysia amat diharapkan agar terus mengamalkan kawalan kendiri, jaga kebersihan demi keselamatan diri,” katanya.

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button