Semasa

India mula beri suntikan penggalak mulai 10 Januari

NEW DELHI : India akan mula memberikan suntikan penggalak Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga kepada pekerja penjagaan kesihatan dan barisan hadapan mulai 10 Januari, memandangkan kes varian Omicron meningkat di seluruh negara.

Perdana Menteri Narendra Modi, berkata mereka yang berumur 15-18 akan mula menerima vaksinasi Covid-19 mulai 3 Januari dan mereka yang berumur atas 60 tahun dengan komorbiditi akan ditawarkan suntikan penggalak selepas cadangan daripada doktor.

“Dari sudut pandangan berjaga-jaga, kerajaan telah memutuskan bahawa penjagaan kesihatan dan pekerja barisan hadapan harus mula mendapat dos pencegahan,” kata Modi.

India telah melaporkan peningkatan pantas dalam kes omicron, dengan jumlah itu mencecah 415 secara keseluruhan di 17 negeri India.

Memandangkan berjuta-juta masih menunggu suntikan kedua, pihak berkuasa kini akan mula menawarkan suntikan penggalak kepada pekerja penjagaan kesihatan dan barisan hadapan, yang mengalami gelombang kedua virus pada musim panas yang mengorbankan puluhan ribu orang.

Pakar perubatan berkata India perlu menggandakan kempen vaksinasi dan meluaskan liputan bagi mengelak satu lagi kemungkinan lonjakan jangkitan baharu terutamanya di kawasan pedalaman yang luas di mana kemudahan penjagaan kesihatan adalah rendah.

Modi menggesa rakyat untuk terus memakai pelitup muka dan mengikuti peraturan Covid-19 yang lain.

Kerajaan persekutuan menggesa negeri-negeri supaya mengenakan sekatan ke atas trafik pada musim perayaan sehingga tahun baharu dan beberapa negeri telah mengharamkan sebahagian daripada perayaan awam.

Jangkitan COVID-19 di negara yang mempunyai 1.3 bilion orang telah menurun hampir separuh daripada sebulan yang lalu.

Dalam 24 jam yang lalu, India melaporkan 7,189 jangkitan baharu, dengan jumlah keseluruhan 34.78 juta, kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button