Semasa

India ketatkan peraturan Covid-19 kepada pelawat negara berisiko

NEW DELHI : India telah menetapkan Singapura sebagai salah satu destinasi berisiko yang memerlukan pelancong untuk mematuhi langkah tambahan Covid-19.

Tindakan itu dilaksanakan ketika kerajaan di seluruh dunia mengambil usaha menghadapi perkembangan Omicron yang telah menimbulkan kebimbangan ia mungkin memanjangkan wabak Covid-19.

Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga India mengumumkan syor yang dipinda pada 28 November termasuk United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil, Botswana, China, Mauritius, New Zealand, Zimbabwe dan Israel dalam senarai berisiko.

Pelawat juga mesti menyerahkan butiran perjalanan 14 hari sebelum perjalanan mereka dan laporan ujian RT-PCR negatif di bawah kriteria baharu yang berkuat kuasa hari ini.

Pelawat dari negara berisiko dikehendaki mengambil ujian Covid-19 yang dibayar sendiri semasa ketibaan dan menunggu keputusan sebelum meninggalkan lapangan terbang atau menaiki penerbangan lain.

Menurut agensi berita CNA, mereka yang didapati negatif dikenakan kuarantin di rumah selama tujuh hari sebelum diuji semula pada hari kelapan dan pelawat perlu memantau kesihatan mereka selama tujuh hari lagi jika keputusan ujian kedua negatif.

Mereka yang diuji positif akan menghantar sampel mereka untuk ujian genom dan dirawat di kemudahan pengasingan  berasingan.

Isnin lalu, Singapura memulakan laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) bersama  India dengan enam penerbangan harian dari Chennai, Delhi dan Mumbai.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button