Mahkamah tertinggi PBB telah mengarahkan Israel untuk mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam penghakiman sementaranya pada hari Jumaat juga memerintahkan Israel untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan di kawasan yang terkepung itu.
Israel mesti mengambil “langkah segera dan berkesan untuk membolehkan penyediaan perkhidmatan asas yang diperlukan dan bantuan kemanusiaan untuk menangani keadaan buruk yang dihadapi oleh rakyat Palestin,” kata mahkamah.
Mahkamah berkata ia mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan langkah kecemasan, sambil menambah ia tidak akan membuang kes pembunuhan beramai-ramai seperti yang diminta oleh Israel.
Ia menyatakan rakyat Palestin adalah kumpulan yang dilindungi di bawah Konvensyen Genosid, dan menekankan ia mengiktiraf hak rakyat Palestin di Gaza untuk dilindungi daripada tindakan pembunuhan beramai-ramai.
Pada 29 Dis, Afrika Selatan memfailkan tuntutan mahkamah kepada ICJ, meminta injunksi terhadap Israel atas alasan serangan israel ke atas Gaza melanggar Konvensyen Genocide.
Antara langkah yang diminta Afrika Selatan ialah menghentikan serta-merta serangan kejam Israel, yang telah memusnahkan sebahagian besar enklaf dan membunuh lebih 26,000 rakyat Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
Ia juga meminta ICJ memberikan injunksi kerana keadaan mendesak. Selepas selesai perbicaraan pada 11-12 Januari, mahkamah memulakan perbincangan selepas meneliti hujahan dan keterangan pihak terbabit.
‘Cegah dan hukum’
Mahkamah memberi amaran kepada Israel untuk “mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah” perbuatan yang boleh jatuh di bawah Konvensyen Genosid PBB, yang ditubuhkan pada 1948 ketika dunia masih segar daripada kengerian Holocaust Nazi.
Ia juga berkata Israel harus “mencegah dan menghukum” sebarang hasutan untuk pembunuhan beramai-ramai.
Lebih dua hari perbicaraan di dewan Istana Keamanan, di mana ICJ berada, peguam dari kedua-dua pihak bertelagah mengenai tafsiran Konvensyen ini.
Afrika Selatan menuduh Israel melakukan tindakan “genosid” yang bertujuan untuk menyebabkan “kemusnahan sebahagian besar kumpulan bangsa, kaum dan etnik Palestin.”
Ia menggesa mahkamah memerintahkan Israel “menangguhkan serta-merta” serangannya di Gaza dan membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada orang awam di sana.
‘ Tiada siapa akan menghalang kita ‘
Israel menolak kes itu sebagai “kisah yang diputarbelitkan” dan mengatakan bahawa jika sebarang tindakan pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan, ia telah dilaksanakan terhadap Israel semasa serangan 7 Oktober.
“Apa yang israel cari di Gaza bukanlah untuk memusnahkan rakyat, tetapi untuk melindungi rakyatnya yang diserang di pelbagai bidang,” kata Tal Becker, peguam tertinggi Israel.
Persoalannya sekarang adakah keputusan mahkamah akan dipatuhi.
Walaupun keputusannya mengikat di sisi undang-undang, ia tidak mempunyai mekanisme untuk menguatkuasakannya dan kadang-kadang diabaikan sama sekali, misalnya ia telah mengarahkan Rusia menghentikan serangannya terhadap Ukraine tetapi ia sekadar tinggal arahan.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sudah membayangkan israel tidak akan mematuhi mana-mana keputusan yang mengatakan “tiada siapa akan menghalang kami”, bahkan keputusan di The Hague.
Tetapi pakar percaya bahawa selain daripada kesan simbolik yang jelas daripada keputusan itu, mungkin terdapat akibat yang ketara di lapangan.
“Ia menjadikan lebih sukar bagi negara lain untuk terus menyokong israel kerana mendapati terdapat risiko pembunuhan beramai-ramai,” kata Juliette McIntyre, pakar undang-undang antarabangsa dari Universiti Australia Selatan.
SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI