Pulau Perhentian : Untuk sampai ke rumah penerima bantuan ini, harus melalui lorong-lorong antara rumah yang berselirat. Untuk orang baru ia boleh menyebabkan sesat.
Mujur dalam Misi Panggilan Pulau ini, MAPIM Malaysia mendapat kerjasama daripada jawatankuasa penduduk kampung, selain daripada kerjasama APM dan kerajaan negeri Terengganu.
Apabila sampai ke rumah ini, kita ada dipaparkan sebuah pemandangan rumah kayu yang tidak bercat. Dari luar ia nampak gelap dan suram. Selepas memberi salam, keluar seorang wanita yang jelas tergambar ketabahan pada wajahnya.
Kami dimaklumkan beliau adalah seorang ibu tunggal, dan hidup sebagai ibu tunggal tidak pernah mudah.
Ini yang dialami oleh Siti Hajar bt Latif yang berumur 47 tahun. Beliau kini tinggal bersama empat orang anaknya yang berumur 22, 18, 16, dan 10 tahun.
Beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Anak sulungnya dan anaknya yang berumur 18 tahun juga tidak bekerja akibat pandemik covid-19. Hanya anaknya yang berumur 16 tahun yang bekerja dengan membawa bot sekali seminggu ke Besut.
Menurut Siti Hajar, anaknya yang berumur 16 tahun pernah bersekolah pondok, tetapi hanya untuk tiga tahun. Selepas itu dia berhenti dan mula bekerja menyara keluarga.
Dalam keadaan mencabar itu, mereka tidak ada banyak pilihan apabila sampai kepada hal makanan.
“Makan jelah apa yang ada,” kata Siti Hajar dengan nada suara yang perlahan. Sepanjang perbualan, Siti Hajar sangat sayu suaranya dan ia membuatkan petugas MAPIM berasa hiba.
MAPIM Malaysia kemudiannya menyerahkan kotak bantuan makanan kepada Siti Hajar yang menyambut dengan penuh kesyukuran. Beliau sangat berterima kasih kepada MAPIM Malaysia, APM, dan kerajaan negeri Terengganu atas kebaikan mereka.
Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis MAPIM Malaysia,
“Kita sebenarnya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang, kerana dengan sumbangan merekalah, ramai yang terkesan ekonominya akibat covid dapat dibantu. Jadi, kami di MAPIM mengharapkan adanya sumbangan yang berterusan daripada rakyat Malaysia. Ini saat sukar, dan pada saat sukar beginilah, sumbangan akan menjadi lebih bermakna.”
MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038