Ibu pejabat PLUS terpilih jadi PPV
KUALA LUMPUR : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjadi ibu pejabat lebuh raya pertama dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bersepadu bagi memberikan suntikan vaksin kepada 2,000 orang sehari.
PLUS dalam satu kenyataan semalam berkata langkah berkenaan hasil kerjasama dengan rakan penasihat perubaan, Primer Cherang bersama dengan Protech Health, pelaksana pengamal perubatan swasta dan penyertaan agensi penjagaan kesihatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Ia merupakan satu penghormatan bagi Persada PLUS HQ dipilih oleh Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) sebagai salah satu daripada 14 tempat imunisasi awam untuk mempercepat pengeluaran vaksin melalui Operation Surge Capacity (OSC).
Sebagai #RakanNegara, kami dengan bangga memainkan peranan kami dalam membantu Malaysia meningkatkan bilangan imunisasi,” katanya dalam satu kenyataan dalam Facebook semalam.
Sementara itu, PLUS berkata pihaknya akan menghimpunkan sukarelawan yang terdiri daripada 150 petugas kesihatan dari Primer Cherang dan ProtectHealth, dalam usaha membantu mevaksin seramai mungkin rakyat Malaysia.
Bermula semalam (26 Julai), pusat ini beroperasi mulai jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari dan akan memberikan vaksin Pfizer berdasarkan temujanji yang dibuat melalui aplikasi MySejahtera.
– BERNAMA
Oleh Hafeez Anuar