EDINBURGH: Parlimen Scotland pada Selasa mengesahkan pelantikan Humza Yousaf, 37, sebagai menteri pertama negara itu yang menyaksikan beliau menjadi pemimpin termuda dan Muslim pertama menerajui kerajaan di Eropah barat.
Humza Yousaf akan menggantikan Nicola Sturgeon sebagai pemimpin Scottish National Party (SNP) dan menteri pertama Scotland selepas undian ahli parti.
Humza mengalahkan pesaing Kate Forbes dan Ash Regan dalam pertandingan sengit yang mendedahkan perpecahan dalam parti.
Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Setiausaha Kesihatan Scotland dan desas desus tentang pelantikan beliau menggantikan Nicola Sturgeon sebagai menteri pertama ke-6 telah lama kedengaran, walaupun Nicola tidak secara jelas menyokong mana-mana calon dalam pemilihan itu.
Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan menteri pertama Scotland hari ini dan mencipta sejarah sebagai pemimpin etnik minoriti pertama di UK.
🚨 Vote by 12 noon!
As @theSNP leader & First Minister I will:
1️⃣ Tackle child poverty with progressive taxes
2️⃣ Defend Scotland’s democracy
3️⃣ Maintain pro-indy majority
4️⃣ Tackle Tory Cost of Living Crisis
5️⃣ Protect & advance rights
6️⃣ Deliver independence#HumzaForScotland pic.twitter.com/RneUn2bVyB— Humza Yousaf (@HumzaYousaf) March 27, 2023
BACA JUGA
MAPIM berusaha sedaya upaya laksana amanah Ummah – Dr Sani Araby