Semasa

Hujan lebat, ribut terpa cermin hingga pecah!

Cuaca ekstrim sekitar Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR :   [VIDEO] Hujan lebat dan ribut yang terlalu kuat memusnahkan cermin di lobi Menara Etiqa masjid Jamek kira-kira jam 5.07 petang, semalam.

Kejadian itu dirakam oleh pengguna akaun Twitter jayyidkhairir, menunjukkan situasi angin kencang yang menyebabkan cermin kaca itu pecah berderai.

Kelihatan dalam video berdurasi sembilan saat itu, orang ramai berlari memasuki bangunan untuk berlindung daripada angin kencang itu, namun, tidak lama kemudian, bunyi dentuman pecahan cermin kaca dalam bangunan itu.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan fizikal dilaporkan.

Semalam, Kuala Lumpur dan sekitarnya dilanda hujan lebat yang berterusan sejak 4.30 petang semalam, sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan jalan utama.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala Bulatan Batu Caves, Jalan Cheras di Cheras Sentral ke bulatan Billion dan kedua-dua arah Jalan Maharajalela berhampiran Stesen Monorail Maharajalela dan Jalan Raja Chulan.

Turut terjejas  dua lagi kawasan iaitu Ampang dan Cheras.

Menurut Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, berlaku takungan air di beberapa jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, namun, rentetan daripada kejadian itu, tiada panggilan kecemasan yang dilaporkan.

Oleh Pelatih Fakulti  Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button