BanjirSemasa

Hujan lebat punca banjir hampir setiap hari

ALOR SETAR: “Hampir setiap hari banjir di kampung ini, hujan tak berhenti-henti.”

Demikian luahan wakil Gabungan Truckers Utara (GTU) Kedah yang menetap di Kampung Baru Siong, Baling, Kedah.

Abdul Ghafar Mahmud, 31, berkata hujan yang terlalu lebat punca kampung yang diduduki dinaiki air hampir setiap hari setakat minggu ini.

Tambah Ghafar, banjir tersebut menjejaskan kira-kira 25 buah rumah melibatkan 80 keluarga.

“Air banjir naik hingga paras pinggang. Lebih teruk, rumah di kawasan rendah, air naik lebih tinggi.” ujarnya ketika dihubungi Ummah Today.

Antara rumah yang terjejas akibat banjir yang berpunca daripada hujan lebat. Sumber : GTU Kedah

Memetik laporan Kosmo Online, bagi daerah Baling, sebanyak 30 buah kampung terlibat melibatkan Mukim Baling, Mukim Bongor, Mukim Siong, Mukim Bakai, Mukim Pulai dan Mukim Teloi Kanan.

Antara kampung yang terlibat di enam mukim tersebut ialah Kampung Padar Cicar, Kampung Kaki Bukit, Kampung Bendang, Kampung Kuala Kedua, Kampung Baru, Kampung Batu 60, Kampung Chenerai, Kampung Ulu Tawar, Kampung Lubuk Pedati dan Kampung Titi Teduri.

Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Baling iaitu di SK Tunku Putera, SK Siong, SK Bandar, SK Tanjung Pari, SK Bayu, SK Titi Gantung dan Dewan Banggol Derom.

Sementara itu, pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) cakna akan keadaan di Baling dan bersiap siaga menyusun perancangan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.

Oleh Nurshazlin Shahrom

______________________________

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button