Dunia

Hujan lebat berterusan selama 17 jam, Ecuador dilanda banjir lumpur

QUITO : Sekurang-kurangnya 24 orang maut manakala puluhan hilang dan 48 lagi cedera dalam kejadian banjir besar yang melanda Ecuador.

Perkhidmatan kecemasan Ecuador, SNGRE memberitahu, banya kediaman dan kenderaan hanyut dalam kejadian tersebut.

Padang bola tampar yang ketika itu dipenuhi dengan pemain yang menjalani latihan sambil disaksikan orang ramai turut dinaiki air berikutan hujan lebat yang turun tanpa henti selama 17 jam di Quito.

Datuk Bandar Quito, Santiago Guarderas berkata, banjir yang berlaku tiba-tiba itu menyebabkan para pemain dan orang ramai di padang berkenaan tidak sempat melarikan diri, sekali gus lemas.

Pasukan tentera dengan anjing pengesan dikerah ke lokasi untuk mencari mangsa yang terperangkap.

Selain itu, banyak penduduk mengalami hipotermia akibat cuaca sejuk dan memerlukan rawatan di hospital dan bekalan elektrik di beberapa kawasan juga terputus berikutan tiang elektrik yang tumbang.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button