Semasa

Hujan berterusan dijangka landa Sarawak, Sabah sehingga esok

KUALA LUMPUR : Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan yang dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan bermula hari ini sehingga esok melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri (Subis) di Sarawak.

Sementara di Sabah, hujan berterusan diramal bermula pada Ahad sehingga Selasa melibatkan kawasan Pantai Barat iaitu Ranau, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button